SAMBUTAN hari raya keluarga besar pelakon Abby Abadi bersama bekas suaminya, Norman Hakim menjadi perhatian netizen.
Nampaknya ada juga yang meluahkan rasa kurang senang melihat keakraban hubungan ukhwah di antara Abby, suaminya, Faizal, Norman dan juga isterinya aktres Memey Suhaiza.
Abby bagaimanapun tampil memberikan penjelasan menerusi hantaran terbaharu di Instagram berkenaan perkara tersebut.
Menurut Abby, dia tidak mahu ada pihak yang salah anggap dan membuat andaian sendiri hingga boleh menimbulkan fitnah terhadap keluarga bahagia mereka.
“Sambung video raya pertama hari itu dengan sedikit cerita supaya tidak ada yang iri dan berkata yang tidak-tidak ya.
"Dah 2022 dah ni… Tolong ubah mentaliti.
“Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala.
“Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis… Kenapa mesti nak raya sama-sama?Keluarga sendiri kan ada?
“Kenapa begitu kenapa begini… Banyak pula persoalan ya?
"Baik pun dicari-cari pulak salah. Bila bergaduh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya?” coretnya.
Malah Abby juga mendedahkan sebelum ini terdapat juga selebriti yang mempersoalkan keakraban keluarga mereka.
“Tahun sebelum ni ada artis persoalkan kenapa mesti nk raya dengan EX.. bla bla bla.. Halluu! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dengan pasangan kami tu?
“Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun dah macam ni.
"Memang ke mana-mana pun plan sama-sama sebab anak-anak ramai, bincang supaya semua dapat bersama. Apa yang jadi masalah sangat tu?” tulisnya.
Abby juga berharap semoga dengan penjelasan tersebut, tiada lagi persoalan atau sangkaan negatif terhadap mereka dan hanya doa yang baik-baik sahaja diberikan selepas ini.
“Lebih tragis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman… Aiyoo! Dah 14 tahun berlalu, sudahlah tu.
“Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redhaNYA.
“Doakan kita dan kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke syurga FirdausiNYA.
"Buat baik dan berbaik-baik. Allah lah sebaik-baik penilai,” jelasnya.
Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 namun jodoh mereka tidak panjang.
Pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 19, Marissa Dania Hakim, 17 dan Maria Danisha Hakim, 14.
Abby kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faizal pada tahun 2015 dan bahagia dengan suaminya.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Tue May 10 2022
Abby perjelas sebab beraya bersama keluarga Norman selepas ada yang meluahkan rasa kurang senang melihat keakraban hubungan ukhwah di antara Abby, Faizal, Norman dan juga Memey. -Gempak
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
Abby Abadi ditipu 'scammer', rugi RM18,500
Abby Abadi berputih mata apabila wang RM18,500 lesap begitu sahaja selepas ditipu skim pelaburan atas talian.
'Siapa yang bersumpah, junjung al-Quran tu?' - Abby Abadi tepis dakwaan kakak 'mangsa penyondol'
Abby mengakui mereka ada berjumpa tanpa mengetahui cerita sepenuhnya, namun kedatangan dia bersama keluarga bukan untuk memohon maaf seperti didakwa.
'Nanti saya jawab' - Abby Abadi komen dakwaan anak gadis terkait skandal suami orang
Hantaran itu difahamkan merujuk kepada spekulasi yang tular di media sosial mendakwa anak perempuannya itu terkait dengan hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.
"Sungguh adik rindu" - Selepas ibu, bapa Abby Abadi pula meninggal dunia
Dalam masa tidak sampai setengah tahun, bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi diuji kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
'Baru saja saya duduk mengadap mak' - Ibu Abby Abadi meninggal dunia, pengsan ketika rawatan dialisis
Ibu kepada pelakon Abby Abadi, Hasnah Abu menghembuskan nafas terakhir pada Khamis, dipercayai pengsan selepas menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
'Dah 2022, tolong ubah mentaliti' - Abby perjelas sebab beraya bersama keluarga Norman
Menurut Abby, dia tidak mahu ada pihak yang salah anggap dan membuat andaian sendiri hingga boleh menimbulkan fitnah terhadap keluarga bahagia mereka.
Ziarah Aidilfitri: Norman, Abby Abadi direkod keterangan
Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berziarah raya, baru-baru ini.
"Mama dan abah rindu dia" - Abby kongsi rakaman kasih sayang buat arwah anak
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya Muhammad Danial Firman Faizal atau dikenali sebagai Baby D.
'Tarik mama abah masuk syurga nanti ye sayang' - Abby Abadi
Abby dan suami tiada di sisi anaknya kerana berada di Mekah kerana menunaikan umrah bersama keluarga sejak dua hari lalu.
"50/50 peluang untuk hidup" - Abby Abadi mohon peminat doakan Baby Danial
Pelakon Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria memohon orang ramai mendoakan kesihatan bayi lelakinya yang kini berada dalam keadaan tenat di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU).